Ini adalah pertama kali aku membeli baju keluaran Reign In Black ataupun lebih dikenali sebagai RIB Kuala Lumpur. Aku disyorkan oleh salah seorang rakan sekerja yang memang old school rocker untuk try ushar design-design yang telah dibuat oleh RIB Kuala Lumpur. RIB Kuala Lumpur juga pernah ditonjolkan di Blogserius kerana design-design yang amat cool. Pada aku, yes it’s cool!
Pembelian aku disertakan dengan dua hadiah percuma daripada RIB. Ya, mereka turut memasarkan beberapa helai t-shirt yang menampilkan beberapa kumpulan rock dan metal tempatan, jadi free gift yang aku dapat ialah banner SEARCH. Bolehla aku lekat dekat Cik Elle kan? Hurmmmmmmm…. Nak lekat ke taknak, nak lekat ke taknak……
Aku anggap, dua baju yang kau beli ni, sebagai baju raya aku. Hahahhah… Mrs Speedrider membebel jugak la sebab aku amik 2 design ni. Tak sesuai katanya. Hahaha, takpalah, aku bukan nak pakai masa keluar dengan family pun, mungkin time aku nak keluar solo atau tengok konsert, aku pakai la.
Eh yeke? Aku rasa semua baju design-design rock aku, aku tibai ke semua tempat… Event kat masjid pun aku pakai baju Wings..